Sunday, December 9, 2012

Asal usul bangsa dan bahasa Melayu ( 21 )






Selamat datang ke tuan-tuan dan puan-puan!Namaku Srikandi.Daku adalah cucu kepada penjaga semua peti-peti ini.Sekarang semua peti-peti ini telah dikunci.Dan kuncinya berada di dalam genggaman daku.Daku telah diwasiatkan untuk memegang rahsia dalam peti ini,kerana ia mengandungi rahsia orang berdagang,orang bermusafir dan raja-raja.Mari ikut Srikandi ke balairong seri.

Lihat disini,pertama-tama daku diajar oleh empunya peti bahawa terdapat tiga tulisan disini.Tulisan orang Mesir,tulisan orang Kanaan dan tulisan orang Parsi.Di sini daku diajar rahsia orang berdagang dan orang pulang ke negeri asal.Daku juga diajar bahasa-bahasa dan peradaban kuno.Di sini,Srikandi nak tunjukkan satu lukisan kuno yang menggambarkan seekor ular laut yang besar.Ular besar ini adalah lambang kepada seorang raja yang pernah memerintah Asia Tenggara beribu tahun dahulu.Kisah pelayaran bertemu raja ini tersebut dalam kesusasteraan Mesir Purba dari Era Kerajaan Pertengahan 'Tale of the Shipwrecked Sailor',di mana pengembara dari Mesir Purba telah bertemu dengan raja ular ini.Raja ini ketawa mendengar kata-kata orang Mesir itu yang menawarkan hadiah berupa kemenyan wangi kerana menolongnya dalam kesusahan,tetapi anehnya raja ular itu sebaliknya memberitahu bahawa dia adalah raja bagi kepulauan itu yang memang kaya dengan wangian dan kemenyan.

Si empunya peti telah mengajarkan kepada daku hikayat dari The Egyptian Book of Dead,tulisan-tulisan hiroglif yang menceritakan seorang raja bernama Hari.Raja ini mempunyai perdagangan maritim antara timur barat dan terkenal dengan perdagangan emas dan kemenyan.Empayarnya dikenali sebagai The King's Mines (Lombong raja) oleh penguasa Mesir Purba yang terkemudian.

Daku pada mulanya sangsi dengan semua ini.Namun rahsia tentang raja ular itu sebenarnya terpelihara dari mulut ke mulut,memakan masa beribu-ribu tahun,oleh pelbagai etnik dan bangsa yang bersilihganti.Jadi Srikandi telah menemui kunci bagi masalah ini,yang tersembunyi dalam riwayat Kaundinya dan Soma,atau Mera...anak kepada raja ular itu!

Ini memerlukan Srikandi membaca riwayat purba Khmer,dan rekod dari Champa di Myson,Vietnam.Namun Srikandi telah menemui satu keganjilan dalam riwayat Mera ini.Keganjilan ini adalah sesuatu yang pelik dan ini memandu Srikandi kepada khazanah yang lebih bernilai dari The King Solomon's Mines.Srikandi telah berjumpa lombong wangian kepunyaan The King of Serpent yang mengetawakan kekayaan raja Mesir Purba yang tidak setanding dengannya.

The Naga King's Daughter telah memberitahu daku siapakah Merong dan jalan ke King's Mines!
















The Bloodline of Naga King's Daughter
















(....she lives in a house on earth because the Nagas would die from the constants presence in the underworld.Preah Thong marries her.From Indra she received her son,Keto Mala...)



-Sejarah Diraja Khmer,terjemahan oleh Moura 1883





Benang-benang merah antara riwayat Khmer dengan sejarah bangsa Melayu akan dapat diketahui jika kita bijak 'read between the lines' sebagaimana membaca Hikayat Merong Mahawangsa.Hikayat ini mesti dibaca bersama-sama Riwayat Diraja Khmer,atau kodeks-kodeks Mon purba yang kini telah disalin ke bahasa Thai era Klasik.Sejarah bangsa Melayu di Indochina amat tua,setanding dengan misteri sejarah Melayu di Borneo.Beberapa rahsia akan dapat diketahui dengan berpandukan riwayat Khmer dan batu bersurat yang dipahat oleh raja-raja Cham.Apabila kita dapat memecahkan kod-kod di dalam riwayat-riwayat ini,kita akan dapat mengetahui siapakah The King of Serpent yang dicatat oleh pencatat istana Mesir Purba sebagaimana yang dicatat dalam Ameni-amenna Codex.

Rahsia pertama yang kita cuba untuk membongkarnya,ialah mengapa di dalam tradisi Khmer mengaitkan pengasas kepada Funan ialah anak perempuan kepada 'King of Serpent'.Juga kisah 'King of Serpent' juga tercatat di tempat suci Cham di Myson.Kebetulan?Apakah rahsia yang sebenarnya cuba untuk dijelaskan di sini?Di dalam riwayat Khmer juga ada diberitahu,ketika Kaundinya (bapa bangsa Khmer) tiba Indochina,'Cham King' atau raja Cham sudah lama bertapak dan memiliki wilayah yang luas di Indochina.Finot(1911,31) yang memetik dari rekod diraja Khmer:



Adityavamsa, king of Indraprastha, is discontented with one of his
sons, Prah Thong, and expels him from his kingdom. The prince
arrives at Kouk Thlok, where a Cham ruler reigns. The prince
usurps the throne. One day, the tide comes up sooner than expected
and the prince has to pass the night on a sandbank. A
nigi of great beauty comes to play on the beach. Prah Thong falls
in love with her and obtains her consent to marriage. The king
of the nagas, her father, enlarges the land area by drinking the water
that covers the land, builds him a capital, and changes the name of
the land to Kambuja.


Di sini kita tahu bahawa nama 'Cham' muncul dalam terjemahan Finot dari rekod asal Khmer itu.Ini bermakna,dalam sejarah Khmer,orang Cham tidak mampu diketepikan sama sekali dan jika dalam sejarah Khmer (Khmer Annals) sendiri mengaku bahawa sebelum kewujudan bangsa Khmer,bangsa Cham telah lama wujud di Inddochina (Kok Thlok).Persoalannya,mengapa kita mesti merujuk kepada 'Khmer' dan 'Cham' untuk menjejak sejarah bangsa Melayu?





Hubungan Antabangsa


Jika kita membaca Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu,SL) kita akan mendapati bahawa karya sejarah itu banyak menyebutkan beberapa kerajaan di sekeliling Melaka.Ya,SL adalah rekod sejarah yang ditulis untuk menceritakan tentang Melaka,sebuah negarakota-pelabuhan (seaport) yang pengaruhnya mengawal wilayah dari Singapura hingga Patani,dan sebahagian Sumatera.SL seakan-akan kodeks atau rekod sebuah dinasti sepertimana dinasti-dinasti China dan sesungguhnya SL adalah karya yang amat berharga dan penting sekali bagi bangsa Melayu khususnya dan rumpun Nusantara/Austronesia amnya.SL juga seperti Kakawin Negarakertagama,iaitu himpunan puisi yang menceritakan tentang Majapahit.Pendek kata SL adalah rekod tentang Kesultanan Melaka.Sebab itu,SL kerap dijadikan rujukan kepada sejarah bangsa Melayu dan ini mendatangkan satu kesan negatif,iaitu menyangka bahawa sejarah Melayu hanya bermula di Melaka.Mujurlah,sebuah 'federation' yang wujud di Segenting Kra hingga ke Kedah,iaitu Langkasuka,telah berjaya menyimpan sejarah orang Melayu di utara di dalam satu prosa sejarah agung,iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.

Apa yang ingin ditekankan di sini,sejarah Melayu tidak boleh tidak pasti akan menyebutkan tentang hubungan antarabangsa mereka.Ini adalah WAJIB dalam karya-karya Melayu.Ini kerana,bangsa Melayu adalah pengembara,pelayar dan pedagang pada masa silam.Adalah pelik,jika kita mengkaji sejarah Melayu tanpa mengambil kira hubungan mereka dengan bangsa-bangsa sekeliling seperti Mon,Khmer,Burma,Dai-Viet,Thai mahupun suku-suku Austronesia sendiri seperti Jawa,Sunda,Dayak,Aceh,Bugis dan sebagainya.Juga bangsa-bangsa yang selalu berdagang dengan mereka seperti China,India,Parsi,Arab dan lain-lain.Setiap bangsa yang membuat hubungan dengan satu-satu bangsa lain,pasti akan menyimpan rekod,setidak-tidaknya disebut dalam hikayat mereka.Jadi sekiranya kita mendapati sumber dari rekod sesuatu bangsa amat kurang atau tiada sama sekali,kita boleh mencarinya dari sumber kedua,iaitu rekod asing.Inilah disiplin sejarah yang betul,namun yang anehnya,ramai sejarahwan Malaysia yang pemalas dan apabila tidak menemui apa-apa dari rekod yang ditulis oleh orang Melayu,maka dia akan berpegang kepada pemikiran 'inferior' nya.Jika dia rajin sedikit,dia akan berpegang kepada sumber penjajah,atau orientalis seperti Raffles untuk menafsir sejarah Melayu.Ini adalah sikap yang mengecewakan.

Jika kita lihat sejarah Eropah,setiap suku-suku Eropah seperti Danish,Frank,Norman,Celt,Druid,Norse,Saxons,Swedish,Croat dan sebagainya mempunyai rekod sejarah yang saling berhubungkait antara satu sama lain.Ini kerana seperti biasa,bangsa-bangsa yang tinggal berdekatan dalam satu kawasan akan berperang dan berkahwin sesama sendiri.Ini adalah lumrah.Seperti juga jika kita lihat suku-suku bangsa di benua kecil India,mereka berperang dan membuat hubungan sosial sesama sendiri.Misalnya kerajaan-kerajaan Tamil menyerang orang Sinhala di Sri Lanka seperti Chola dan Pandyan.Juga orang Moghul (clan) yang berkahwin dengan orang Telegu ketika dasar perluasan kuasa ke selatan oleh Aurangzeb.Juga ketika Persekutuan Maratha ketika menjadi kuasa imperial terakhir India sebelum era British Raj.Ini adalah tabii biasa dalam sejarah manusia.Jadi yang peliknya,dalam buku teks sejarah Malaysia,tidak diterangkan hubungan Melayu dengan Khmer,Burma atau lain-lain.Malahan nama 'Khmer' sendiri adalah janggal kepada kebanyakan kita,mungkin kita selalu memanggil dengan nama 'orang Kemboja'.





Mengapa orang Khmer penting kepada sejarah Melayu?



Credit: John Fung


Seperti mana kepentingan setiap rekod-rekod imperial China kepada sejarah kerajaan-kerajaan Melayu dan Nusantara amnya,begitu juga kepentingan rekod dari manuskrip Khmer kepada kita.Ini kerana terdapat beberapa perkara penting tentang hubungan Melayu-Khmer:


1-pemerintah-pemerintah Angkor ada yang berdarah Melayu
2-kaum kerabat Angkor ada yang menjalinkan perkahwinan dengan Melayu Segenting Kra
3-'Siam Asli' dalam SL merujuk kepada suku-suku Mon-Khmer,bukan Thai
3a-Orang Asli di Malaysia bertutur dalam dua kategori bahasa,Proto-Melayu dan Mon-Khmer,menunjukkan sejarah purba yang kompleks antara Melayu dan Khmer/Mon.
4-panglima dan 'imperial guards' kerajaan Angkor adalah diambil dari kalangan pendekar Melayu
5-banyak pemerintah Angkor yang tinggal di kampung-kampung Melayu atau dibesarkan berdekatan dengan orang Melayu,malah pengasas Angkor,Jayavarman II sendiri dibesarkan di istana Sailendra.
6-Cham,satu bangsa yang bertutur dengan bahasa dan budaya yang mirip dengan Melayu,adalah serumpun dengan Melayu dan mempunyai sejarah panjang dengan Khmer.

Terdapat banyak lagi poin penting yang mengaitkan kepentingan Khmer kepada sejarah Melayu dan ini perlu dibuat satu tesis mengenainya.Sebab itu usaha seperti yang dibuat oleh RAC (Akademi Diraja Kemboja) dan pihak-pihak di Malaysia seperti Sidang Warisan Melayu di Indochina adalah usaha yang tepat.Ingin dijelaskan di sini,dua kerajaan ini,iaitu raja-raja Thai dan Kemboja mempunyai 'secret vault'nya sendiri yang mempunyai sejarah penting hubungan mereka dengan orang Melayu.Ini yang diberitahu oleh rakan sejawatan kepada penulis (Srikandi) semasa acara oleh RAC itu.




Mengapa Cham?



Kita tahu bahawa Cham adalah satu bangsa yang pernah mempunyai kerajaan yang hebat pada masa lampau,Champa.Kita boleh bayangkan kebanyakan suku-suku Austronesia mempunyai kerajaan mereka sendiri,seperti orang Sunda mempunyai Tarumanagara dan juga kerajaan Sunda Galuh,hasil penyatuan kerajaan Sunda dan Galuh.Orang Jawa dengan Majapahit,Singhasari mahupun Demak.Malahan orang Dayak juga mempunyai sejarah Kerajaan Kutai.Begitu juga dengan orang Cham yang menubuhkan kerajaan Champa.Sejarah tua dari rekod China dan Champa sendiri menyatakan bahawa peperangan antara orang Cham dan dinasti China pada zaman purba (beberapa dekad Sebelum Masehi) di kawasan selatan China (kemungkinan di utara Laos dan Vietnam) sehingga membawa kepada kekalahan tentera China.

Orang Cham juga disebut dalam rekod diraja Khmer ketika permulaan migrasi orang Khmer ke Indochina.Moura (1883) dan Poree-Maspero (1950) dalam terjemahan mereka dari manuskrip diraja Khmer:

A few months before his death, Buddha arrives at the island Kouk
Thlok (land of the thlok tree) and prophesies that a trakuot (a kind
of lizard) living there by a thlok tree would obtain rebirth as the
son of the king of Intakpath (Indraprastha) and later become king
of a new state at Kouk Thlok. In the year 1 of the Buddhist era
(commonly beginning with Buddha's death in 543 B.c.), the king of
the Chams is shipwrecked near the Dangrek Mountains, where he
forms a new state and also becomes ruler over Kouk Thlok. In
the year 100 of the Buddhist era, King Atichavong of Indraprastha
hands over portions of his kingdom to his sons; to the fourth,
named Preah Thaong, he gives the southern part. As a result of
disobedience, Preah Thaong is later exiled together with his people.
He arrives at Kouk Thlok, displaces the Cham ruler, and
himself becomes king. Later he meets the daughter of the nciga
king on the beach. A marriage ceremony takes place in the subterranean
kingdom, after which the nGga king creates a realm on earth
for his son-in-law by drinking up the ocean. The new land is
named Kampuchea. After nine months a daughter is born. In
the year 500 of the Buddhist era the Cham king comes with an
army from Laos, but they are beaten back. The daughter of Preah
Thaong and the niiga princess then become pregnant by the god
Indra. Their son is Ketmealea, for whom Indra orders a palace to
be built by Viivakarman. In the year 600 of the Buddhist era
Preah Thaong dies.


Kita juga maklum bahawa orang Cham mempunyai ikatan bahasa dan budaya yang sama dengan orang Melayu khasnya,jika kita lihat prasasti antara yang tertua di Indochina (prasasti yang paling tua juga dimiliki oleh Cham) iaitu Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam maka kita boleh lihat bahawa bahasa Melayu adalah 'the ancient language' di Indochina jika para sejarahwan Laos dan Thai menyebutkan Cham sebagai 'the ancient nation'.Dalam Prasasti Dong Yen Chau,dijangka dipahat pada awal abad ke-4:

"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"


Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini,

uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini





 Dalam kategori linguistik sekalipun,orang Cham adalah serumpun dalam kategori Malayo-Polinesia dan punya kaitan rapat dengan bahasa Aceh.Ini benar kerana dalam sejarah,keturunan raja Acheh adalah berasal dari anak raja Cham,di mana ia dicatatkan di dalam SL sebagai Syah Pau Ling.Dipercayai Syah Pau Ling inilah raja Acheh yang pertama,iaitu Ali Mughayat Syah yang terkenal amat bijak dalam seni peperangan sehingga keupayaan tenteranya mampu mengalahkan armada Portugis di Aru pada tahun 1524.

Selain hubungan sejarah,bahasa dan budaya yang kuat,orang Cham dan Melayu juga mempunyai hubungan 'kekeluargaan' yang misteri.Apabila Melaka di dalam kesusahan,raja Champa sempat membantu menghantar tentera walaupun negerinya juga menghadapi ancaman Annam (Dai-Viet).Acheh juga dibawah keturunan Cham berterusan menyusahkan Portugis di Selat Melaka.Apabila Champa sepenuhnya jatuh ke tangan Annam,maka pelarian Champa ini banyak lari ke semenanjung selain ke kawasan berdekatan seperti ke Kemboja.Kaum kerabat Cham banyak lari ke Melaka,ketika Kesultanan Melaka dan ini dicatatkan dalam SL.Syah Indera Berman (Indravarman),saudara Syah Pau Ling telah dijadikan pegawai kerajaan kerana kebijakan politiknya oleh Sultan Melaka ketika itu.Ketika era Khmer Rouge,ramai juga pelarian Kemboja (orang Cham) yang disambut oleh kerajaan Malaysia atas persamaan agama dan bangsa.Fenomena ini tidak aneh,jika kita menyelusuri sejarah Melayu dan orang Cham yang memakan masa ribuan tahun.


Tradisi Naga




Jika kita memahami setakat ini,kita akan faham mengapa rekod dari Khmer dan Cham amat penting dalam merungkai masalah 'The King of Serpent'.Jika anaknya adalah ibu kepada Khmer,maka sudah tentu ayahnya bukan Khmer...malahan anaknya sendiri...dari bangsa lain.Ini adalah logik yang mudah.Jika nabi Ibrahim a.s menurunkan bangsa Arab dan Bani Israel,maka sudah tentu baginda bukan dari bangsa Arab dan apatah lagi Yahudi.Kisah 'The Naga King's Daughter' ini adalah konsep bangsa Khmer dalam menceritakan asal-usul bangsa mereka,seperti mana mitos Khun Borom oleh orang Thai dan Laos.Kita tahu,Khun Borom adalah konsep orang Tai dalam menceritakan migrasi mereka ke Indochina setelah kerajaan Nanchao runtuh.Kisah ini juga mempunyai konsep cerita yang hampir sama dengan Merong Mahawangsa,dengan ciri-ciri 'menghantar anak-anak raja untuk menjadi raja di beberapa kawasan'.Yang trivianya,pengkaji Kemboja mendapati kisah Khun Borom adalah bayangan kepada kisah raja-raja Srivijaya di Indochina.Penulis (Srikandi) berpendapat,ini adalah versi Thai kepada Hikayat Merong Mahawangsa,dan ini adalah sebab yang kuat mengapa raja Thai ketika era Chakri memerintahkan hikayat ini dibakar dan dihapuskan.

Apabila terdapat legenda yang punya konsep serupa (Hikayat Merong Mahawangsa) dan Khun Borom,juga 'The Naga King's Daughter' dari pihak Khmer (Mera) dan Cham (Soma),apakah 'read between the lines' yang boleh dibuat?

HUBUNGAN SEJARAH

Ini adalah katakunci mengapa sejarah Melayu tidak boleh dibaca berasingan dengan rekod-rekod asing di sekeliling mereka.Penulis (Srikandi) ingin mengesyorkan sejarah Malaysia khasnya (walaupun siri Alter Terahsia Bangsa Melayu dalam skop sejarah Melayu seluruh dunia khasnya dan Nusantara amnya) mesti ditulis semula bersama-sama hubungan dengan kaum-kaum Asia Tenggara yang lain,sepertimana sejarah Eropah.Bukannya menumpu kepada hubungan dengan kuasa imperialis.Ini adalah pendekatan yang tidak bijak.

Di dalam sejarah Khmer,naga adalah unsur yang sangat penting.Dalam seniukir mereka,naga kepala tujuh adalah konsep yang sangat penting dan ini muncul dalam pelbagai kedudukan di dalam senibina Khmer.Contoh yang popular ialah tembok kiri kanan di jalan masuk Angkor Wat.Ini bertitik tolak dari kisah 'The Naga King's Daughter' yang dipercayai diwarisi dari legenda Funan.

Apa yang menariknya,kisah yang sama dipahat di Myson,tempat suci raja-raja Cham (sebelum era Islam).

Dalam kisah Seri Gumum,dari hikayat Pahang,ada seekor naga yang diberi nama Seri Kemboja dan naga ini adalah antagonis.Apabila dalam keadaan terdesak,Seri Kemboja meminta bantuan 'Siam' dan Seri Kemboja dibantu oleh serangan meriam dari 'Siam'.Penulis (Srikandi) memikirkan ini adalah perlambangan kepada politik Asia Tenggara,khususnya di Indochina...dan hubungan Pahang dengan sejarah Indochina.

Dan ini menjejak kisah yang sama beribu-ribu tahun kebelakang,iaitu ketika era dinasti ke-12 Mesir Purba (1991-1782 SM).Di dalam catatan yang ditulis oleh Amenii (penulis Mesir Purba bagi hikayat ini) ada menceritakan kisah seorang pelaut yang terdampar di sebuah 'pulau ajaib'.Pulau itu dikenali sebagai Punt dan rajanya ialah 'The King of Serpent.Yang menariknya,Punt adalah pulau dan bukan tanah besar,dan ini menolak teori Punt sebagai Somalia,Sudan atau sebagainya di Afrika.Aneh,kerana semua hikayat Mesir mengenai Punt menegaskan ia adalah PULAU dan bukan tanah benua,namun sebahagian para pengkaji masih mengaitkannya dengan negeri-negeri Afrika.Walaupun bukti kapur barus untuk mengawetkan mayat para Firaun diyakini datang dari Sumatera,namun dalam kes Punt ini,mereka tidak percaya kapal-kapal Mesir mampu mengharungi keganasan Lautan Hindi.

Kajian penulis (Srikandi) mendapati Punt adalah Borneo pada hari ini setelah nama purba Borneo adalah slang Latin kepada 'Brunei'.Jadi Borneo sebenarnya adalah Pulau Brunei.Apabila mendapati rekod purba China menyebut Brunei sebagai Poni atau Puni maka penulis yakin bahawa orang Mesir Purba juga memanggil Brunai/Borni sebagai PUNI.

Untuk menambah sensasi,Sri Kambu,iaitu pengasas kepada Funan muncul dalam jurnal sejarah Kemboja sebagai 'seorang yang datang dari kawasan seperti Kalimantan'.Ini adalah salah satu teori yang mencabar teori Kaundinya atau Sri Kambu berasal dari India.Jika ini benar maka ini adalah melengkapkan 'puzzle' 'The King of Serpent'.

Dalam catatan lain,terdapat dua raja yang memiliki nama yang sama,Sri Mara dalam rekod raja-raja Cham dan Funan.Keduanya (Cham dan Funan) mengaku berasal dari sasilah anak perempuan 'raja Naga' itu.

Persoalannya,siapakah sebenarnya 'The Naga King's Daughter'?


















Rujukan:

Sulalatus Salatin edisi Shallebear
Asian Folklore Studies, Volume 52, 1993 : 333-358
Pelliot (1902, 144-45; 1951,12)
Moura (1883,11,4-11; 1971,1-7)
Pore-Maspero(1950,239-40)
makalah-makalah oleh Lee Chuck Moth
The Šaiva Religion among the Khmers (Part I),Sanderson
Hikayat Merong Mahawangsa
Chiang Mai Chronicles
Dong Yen Chau Inscription
Negara Melayu Champa,Wan Abdul Rahim Kamil bin Wan Mohamed Ali bin Wan Ahmad Hakim

Sumber : Sini

Friday, December 7, 2012

Asal usul bangsa dan bahasa Melayu ( 20 )









Lokasi:Topkapi Palace Museum,Turki
Masa:9.30 PM


Di dalam sebuah kitab usang di dalam arkib Istana Topkapi,terdapat halaman-halaman yang menceritakan sebuah kerajaan besar di Timur.Kitab itu bertajuk Ajā'ib al-makhlūqāt wa gharā'ib al-mawjūdāt karangan Abu Yahya Zakariya' ibn Muhammad al-Qazwini.Di dalam satu halaman tertulis nama Zabag,sebuah kerajaan yang menakjubkan di dunia Timur.Kerajaan ini mempunyai kekayaan emas yang banyak dan menguasai perdagangan rempah-ratus.Rajanya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu serta memakai mahkota yang juga diperbuat dari emas.

Di dalam sebuah arkib rahsia di The Vatican Library,terdapat sebuah surat yang ditulis oleh seorang raja besar dari Timur;yang digelar oleh raja-raja Eropah sebagai Prester John.Raja ini mendakwa telah memiliki 'tiga tanah India'.Tiga tanah India itu ialah dari Malabar ke Asia Tenggara,dari Malabar ke Sind dan pantai timur Afrika (termasuk Madagaskar).

Di sana ada satu bangsa yang terlupakan sejarah silam mereka yang penuh gilang-gemilang.Masyarakat Austronesia mengenang kegemilangan ini dengan menjadikan bahasa bangsa itu sebagai lingua-franca;bahasa pemersatuan,sebagaimana raja-raja mereka menyatukan kesemua pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara pada masa lalu.Walaupun bukti bertulis dan kukuh berselerak di seluruh dunia;batu bersurat,manuskrip dan rekod dari luar cuba menyakinkan anak-anak bangsa itu pada hari ini,namun disebabkan beberapa individu yang korup seperti pemimpin politik dan ahli sejarah yang pemalas...rahsia penting dari khazanah sejarah mereka semakin lama semakin hilang.





                  ********      XXX       *********






Di runtuhan sebuah kuil purba Khmer di satu lokasi di Thailand,kelihatan seorang sami sedang bertafakur di dalam satu ruangan.Mulutnya terkumat-kamit mengalunkan doa:

"Om Sriwichay..."

"Om Sriwichay....."



Beribu-ribu tahun dahulu terdapat seorang raja besar yang harum namanya dari Chiang Mai hingga ke Chaiya.Raja ini telah meninggalkan takhtanya dan menjadi seorang petapa;mencari erti hidup dan jalan mencapai kebebasan nafsu.Raja ini telah meninggalkan kerajaannya kepada anaknya,yang nantinya akan menjadi seorang pengasas kepada sebuah empayar maritim yang amat berkuasa di seluruh daratan dan air.Dari keturunannya inilah munculnya raja-raja di Bukit Seguntang dan sultan-sultan Melaka.

Persoalannya,siapakah sebenarnya 'Sriwichay'?















"The Srivijayan"

















"...Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istia¬datnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya."



(Sulalatus Salatin,Malaysia)












Ketika raja-raja Viking,Anglo-Saxon,Normans dan lain-lainnya berperang sesama sendiri di Eropah selepas kemerosotan Empayar Rom,orang-orang Melayu telah berada di puncak;berjaya membina rangkaian perdagangan maritim antara China dan India.Tidak dinafikan bahawa kekuatan sebenar raja-raja Melayu ialah kebolehan semulajadi mereka dalam menjalankan perdagangan maritim;inilah kuasa sebenar yang ada pada mereka,bukan sepenuhnya kuasa tentera...mereka telah merintis ke arah kemajuan perdagangan di Asia Tenggara,menjadi emperium yang disegani lawan dan kawan.

Sehingga ke hari ini,kuasa 'perdagangan maritim' mereka itu masih berdaulat sehingga menimbulkan trauma kepada bekas perdana menteri Singapura yang bimbang gabungan Malaysia-Indonesia akan membina pelabuhan-pelabuhan yang akan meranapkan Singapura selama-lamanya.Kes Pelabuhan Tanjung Pelepas benar-benar mengajar nya betapa bangsa misteri ini belum mengeluarkan 'alter terahsia' mereka yang sebenar.Bagaimana dengan usia setahun jagung pelabuhan ini,tiba-tiba berjaya memindahkan operasi dua syarikat gergasi perkapalan dunia,Maersk dan Evegreen dari Pelabuhan Singapura ke sini?Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya dikurniakan Tuhan kepada mereka.Atas sebab inilah,selama beribu-ribu tahun,raja-raja Melayu telah menyimpan rahsia ini;bahawa jika mereka berjaya menguasai selat,mereka akan kaya-raya sebagaimana raja-raja di China dan India tanpa perlu bersusah-payah.Mengapa?Kerana selat itulah satu-satunya jalan laut terpantas yang menghubungkan kedua-dua benua kecil itu!

Maka raja-raja Melayu mengambil peranan sebagai orang tengah;menjaga tol rangkaian perdagangan antara Timur dan Barat.Ini benar-benar menjadi,dan mereka menjadi kaya-raya dengan sekelip mata!

Ini adalah kisah bagaimana seorang anak raja menggunakan rahsia ini;yang juga digunakan oleh Raja Matahari dan Raja Perahu dalam menguasai seluruh kepulauan Asia Tenggara pada masa silam.Ini adalah kisah satu dinasti diraja yang amat berpengaruh di semenanjung kemudian namanya harum di seluruh dunia.Keluarga diraja inilah yang menubuhkan sebuah empayar maritim yang amat terkenal di seluruh dunia.Di dalam petitih-petitih rakyat Kelantan dan utara semenanjung menyebutkan nama keluarga diraja ini sebagai,Sriwijayamala.




Sriwijayamala






 


Sriwijayamala adalah nama sebuah dinasti Melayu yang pernah memerintah sebahagian Indochina dan utara semenanjung Malaysia sehingga menubuhkan sebuah empayar maritim yang dikenali sebagai 'Srivijaya' yang kemudiannya berpusat di Sumatera.Keluarga Sriwijayamala yang asalnya bertempat di daerah Kelantan,Narathiwat sehingga ke Songkhla pada hari ini.Jembal,Legeh dan Reman (semua nama ini pernah menjadi negeri-negeri Melayu) juga adalah wilayah kaum kerabat Sriwijayamala.Jembal menjadi sebahagian wilayah Kelantan pada hari ini,Raman pernah di bawah pemerintahan raja Ligor kemudian terserap ke dalam wilayah Perak (Hulu Perak) dan Legeh kini menjadi sebahagian wilayah selatan Thailand (Ra-ngae).

Sejarah keluarga ini amat misteri.Amat kabur adakah dinasti ini bermula sezaman dengan Sailendra,sebuah lagi dinasti purba Melayu yang membina kerajaan Medang di Jawa,atau lebih dahulu darinya.Namun kita tahu hubungan antara keluarga Sriwijayamala dan Sailendra kerana penggunaan kata 'Medang'.Menurut petitih dan riwayat rakyat Kelantan,negeri Kelantan dahulunya dikenali sebagai Medang Kamulan dan Medang Ghana.Medang Kamulan sememangnya nama satu kerajaan mitos di Indonesia.Dan kita tahu bahawa kerajaan Medang (Mataram Kuno) di Jawa diasaskan oleh dinasti Sailendra.Namun persoalannya,dari mana ahli sejarah tahu bahawa riwayat kuno rakyat Kelantan ini benar dan dapat dibuktikan?

Dari rekod Dinasti Sui berusia abad ke-7 Masehi,menurut catatan pengembara yang pernah melawat satu kerajaan yang bernama Chih-Tu:

"... Chi Tu adalah bangsa turunan dari Funan, yang terletak di dalam laut selatan, belayar seratus hari untuk mencapainya,tanah di sini berwarna merah, sehingga bernama 'Kerajaan Tanah Merah (Chi bererti merah, Tu bererti bumi).Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya.Raja mempunyai tiga isteri dan kerajaan memeluk agama Buddha ...."

Rekod Dinasti Sui (581-618) ini menggambarkan sebuah kerajaan yang maju disebut Chi-Tu. Lokasi Chi-Tu diduga berada di sekitar Kelantan atau negara Pahang di Semenanjung Tanah Melayu, atau di Songkhla dan Pattani Wilayah Thailand selatan namun ditentang oleh beberapa pengkaji.Namun bukti terbaik untuk menyokong teori Kelantan adalah ketika para utusan meninggalkan Chi-Tu,mereka belayar dengan mengambil 10 hari untuk mencapai Champa,ini menunjukkan kerajaan itu terletak di kawasan 'tanah merah' di suatu tempat di sekitar sungai utama dari Kelantan.Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Kedah menyebutkan Raktamrttika, ertinya adalah tanah berwarna merah.Menariknya,memang ada tempat bernama Tanah Merah di Kelantan.

Apa kaitan Chih-Tu dengan Sriwijayamala?

Menariknya lagi,Chih-Tu ini mempunyai kaitan dengan sejarah Chiang Mai,yang terletak jauh ke utara wilayah Thailand sekarang.

Dalam "Meridionaux", Matounlin mengatakan bahawa Seng-kao atau Seng-chi adalah ibukota Chih-tu dan di 638, telah menghantar ufti bersama-sama dengan tiga negara lain ke China.

Kata China "Seng-kao" atau "Seng-chi" adalah kesilapan sebutan dari kata "Seng tche" yang bererti bandar para biarawan yang merupakan terjemahan yang tepat dari kata Pali "Lawasangharatha" dan kemudian sebutan Tai "Chiang Chi Mai ".Pribumi asal Seng-Kao adalah suku Lawa yang membentuk majoriti penduduk Lembah Menam.Menurut tradisi Siam,Chiang Mai menerima nama pada saat Buddha Gautama dan murid-murid datang ke Suvannphumi untuk misi agama.Setelah pesta yang diadakan oleh suku-suku Lawa untuk menyambut Buddha Gautama, empat lelaki suku Lawa telah ditahbiskan menjadi sami.Tempat itu kemudian disebut Chiang Chi Mai,yang bermaksud 'kota para biarawan baru' dalam bahasa Tai yang kemudiannya sebutannya dipendekkan menjadi Chiang Mai pada hari ini.Disebabkan kekayaan sejarahnya,Chiang Mai masih mempertahankan tradisi yang dikongsi di antara negara-negara Indochina hari ini.Satu perkara yang menarik,sejarahwan Thailand berpendapat suku Lawa ini berasal dari selatan Thailand atau dari Kemboja dan nenek moyang mereka termasuk dalam kelompok Austronesia.Setelah menerima asimilasi dan tekanan dari pengaruh Mon-Khmer di sekeliling mereka,secara beransur-ansur bahasa mereka menjadi sebahagian dari keluarga Austro-asiatic.Proses ini mengambil masa beratus-ratus tahun.


Inilah jawapan kepada misteri raja Sriwijaya yang bernama Lawasangharatha yang menubuhkan Chiang Mai Lama.Sebab itu suku Lawa ini (kini termasuk dalam kelompok 'hill tribe' dalam Thailand) mendakwa asal-usul mereka ialah dari Chiang Mai.





Dalam ATBM XVI yang lalu juga,kita telah belajar tentang sejarah Chiang Mai sebelum kedatangan Raja Mengrai,pengasas kerajaan Lanna.Chiang Mai diduduki suku Lawa yang kemudiannya diserap kedalam pengaruh Haripunjaya,sebuah kerajaan Mon di utara Dvaravati.Analisis terhadap riwayat-riwayat kuno di Chiang Mai menunjukkan nama "Lawasangharatha" itu kemungkinan besar nama seorang raja,dalam kes ini raja Sriwijaya.Ini dibuktikan dalam dua rekod dari China.Di dalam rekod Dinasti Sui lagi,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Chu Tam (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."

Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau "Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sri wijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri Dharmaraja,di mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran raja-raja Sri Dharmaraja sesuai dengan sejarah Sriwijaya.

Dengan kata lain,dalam tradisi kaum-kaum Indochina,Sri Dharmaraja itu adalah Sriwijaya,dan begitu juga sebaliknya.Ini terjadi kerana persamaan bahasa dan budaya mereka;budaya bangsa Melayu.

Jadi dalam rekod oleh dua pengembara China ini,kita mendapati dua perkara menarik:

1-Nama "Li-fo-shi" adalah khas kepada 'Srivijaya'.'Li-fo-shi' atau nama sebenarnya 'Shih-li-fo-shih' adalah sebutan China kepada 'Sri-wi-chay' mengikut sebutan suku-suku selatan China seperti Shan,Hmong,Lao dan Tai.Ini bermakna pengaruh raja-raja Melayu telah sampai ke selatan China.

2-Nama keluarga raja tersebut,Chudam yang menunjukkan nama keluarga berketurunan Melayu.Namanya keluarga Chudam (Chu Tam dalam teks China) adalah konsisten  dengan warisan Chudammani,yang merupakan salah satu nama keluarga Sriwijaya dalam rekod Khmer (Kemboja).

Perhatikan,dalam dua rekod di atas,kedua-duanya menyebutkan raja Chih-Tu mempunyai tiga orang isteri.

Semua ini mempunyai persamaan dalam satu lagi rekod dari China.Tong-tien,sebuah teks yang ditulis pada akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,

"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama keluarga 'Ku-Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu) tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan sebutan untuk K'uen-luen (sebutan China Kuno untuk orang Melayu)"

(Sir William Meyer memberikan perkataan 'Malays' untuk 'K'uen-luen' dalam teks China ini)

Pada masa silam,orang-orang China mengenal Melayu sebagai 'K'uen-luen' atau 'Kunlun'.Ini sebenarnya berasal dari nama seorang raja Funan yang bernama Ku Long.Sebutan 'Ku' dan 'Long' sememangnya pangkal nama orang Melayu yang masih diamalkan di Kelantan.

Daripada semua bukti dan rekod-rekod China ini,para sarjana Kemboja menyimpulkan bahawa asal-usul kebanyakan raja-raja awal Funan dan utara Indochina (Chiang Mai sebagai contoh) ialah dari kawasan yang kini di dalam negeri Kelantan yang menjadi sebahagian Malaysia pada hari ini.




'Mala'






Dalam Prasasti Hanchey berusia abad ke 6 Masehi di Kemboja,ada menyebutkan tentang Bhavavarman,raja Chenla yang berjaya menakluk wilayah Funan dan atas kejayaan ini beliau telah memahatkan namanya sebagai 'Raja orang-orang Malayu'.Bhavavarman dalam prasasti ini ialah Bhavavarman II,di mana sebelum itu ada seorang keturunan diraja Funan yang bernama Bhavavarman (Bhavavarman I) telah lari ke Chenla,yang merupakan negeri orang Khmer dan mengahwini Kambujatajalakshmi,seorang gadis Khmer (gadis bukit).

Beliau adalah cucu kepada Rudravarman,emperor Funan.Bhavavarman I telah bertindak lari ke Chenla kerana tidak berpuashati dengan datuknya dan mahu memberontak.Bhavavarman kemudian merampas takhta Chenla dan menyusun angkatan tentera menyerang kerajaan datuknya.Akhirnya Funan jatuh ke tangan Chenla.Di sini kita boleh lihat kedua-dua negeri ini,Chenla dan Funan dibawah kekuasaan raja-raja Melayu pada suatu ketika.Kemudian Chenla yang dahulunya negeri bawahan Funan menjadi berkuasa dan menjadikan Funan negeri pengufti kepada Chenla.Selepas kematian Bhavavarman,Chenla diperintah oleh saudara Bhavavarman yang juga mengahwini gadis Khmer.Kemudian takhta Chenla diwarisi oleh anak cucu mereka yang 'diKhmer'kan oleh ibu mereka yang berasal dari Khmer Chenla.Jadilah kerajaan Chenla kembali menjadi kerajaan orang Khmer sehinggalah berpecah kepada Chenla Laut dan Chenla Darat,kemudiannya ditakluki oleh Sriwijaya.Funan telah berpecah dan tenggelam selepas itu selepas ramai kerabat diraja mereka berpindah ke negeri-negeri Melayu di selatan yang bertaburan di bawah Persekutuan Langkasuka.Kemudian,ada di antara mereka berlayar ke Jawa dan menubuhkan dinasti Sailendra di sana,menyertai sebahagian kerabat mereka yang telah bertapak di Jawa sejak sekian lama.Raja-raja Funan adalah dari garis dinasti Sailendra.




Bhavavarman II menggelarkan dirinya 'raja orang Melayu' menerusi ayat "...mala malayu iva malayam raja" yang terpahat dalam skrip Khmer antara yang terawal pernah ditemui.Terjemahan penuh bagi ayat ini ialah 'raja Mala dari Malayu'.Apa yang ingin kita fokuskan di sini ialah perkataan 'Mala' ini.Dan mengapa perkataan ini digandingkan dengan perkataan 'Malayu' dalam ayat itu.

Cuba semak kembali catatan pengembara dalam rekod Dinasti Sui tentang kedudukan Chih-Tu.

"...Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya..."

Katakuncinya ialah 'Ho-Lo-Tan'.Apakah Ho-Lo-tan?

Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China,Shenyao (414-512) dalam Sung Shunya sudah mencatatkan nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu.Sesetengah sejarahwan percaya bahawa kerajaan Srivijaya Pertama (Sri Vijaya Mala) telah wujud di Kelantan dan berkembang ke Malayu, Sumatera kira-kira pada akhir abad ke tujuh.Dapunta Hiyang Jayanasa telah membangunkan sebuah ibu kota di Palembang (Sri Vijaya II).Kelantan diserahkan kepada puteranya,Dapunta Hiyang DiRaja.Kemudian kedua-dua kerajaan ini disatukan oleh Sanjaya (Jaya Shinha) cucu Jayanasa dalam satu empayar yang disebut oleh orang Cina,San-Fo-Tse (Tanah Serendah Sekebun Bunga dalam kenangan riwayat Kelantan).

Jadi Chih-Tu adalah negeri di utara Kelantan atau Ho-Lo-Tan.Kelantan pula dijoloki dengan nama 'Tanah Serendah Sekebun Bunga' ketika era pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang nama Sanskritnya ialah Durga Wijayamala (ingat,raja-raja Melayu punya dua nama;nama Sanskrit dan nama Melayu pada zaman silam).



Perhatikan nama 'Durga Wijayamala',yang mengandungi -suffix 'Mala'.Penggunaan -suffix 'Mala' pada hujung nama Sanskrit adalah khas kepada raja-raja Melayu pada masa silam sebagaimana -suffix 'varman' pada raja Kemboja dan Champa atau 'gupta' pada raja-raja dinasti Gupta di India.Dalam legenda Khmer ada menyebutkan nama seorang raja bernama Ketomala (Keto berasal dari 'Keta' iaitu negeri Kedah).Semua ini membawa kita menelusuri jauh ke zaman silam,ketika dua orang adik beradik dari negeri Reman datang menubuhkan kerajaan di kalangan orang Mon.



Samala dan Vimala:Rahsia Hamsavati






Penaklukan Chenla ke atas negeri-negeri sekitarnya telah membawa pengaruh Khmer ke Dvaravati dan Irravati Bassein.Ketika ini orang Dvaravati adalah dari keturunan Mon-Khmer dan bertutur menggunakan bahasa Mon,bahasa dominan bahagian barat Empayar Angkor dan mereka tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan seluruh rakyat Khmer.Selama krisis di dalam dinasti pemerintahan,para pemuka agama mengambil kesempatan mencipta peralihan politik dalam lapisan kepimpinan Empayar Angkor.Walaupun terdapat banyak gangguan,saksi menunjukkan agama Buddha selalu merupakan pilihan Khmer dan Mon dan ini selalu menjadi punca mereka diredakan dari konflik serta menjalinkan hubungan lebih rapat.Dalam pada itu,sebuah riwayat kuno telah merakamkan tentang penubuhan Hamsavati (Pegu) kira-kira 825 Masehi oleh dua adik-beradik,Samala dan Vimala.

Bandar ini bernama Hamsavati sempena seekor burung suci hamsa (angsa) secara tiba-tiba muncul ketika dua bersaudara itu mencari tempat untuk membina penempatan.Riwayat tersebut menyatakan bahawa dua bersaudara itu dari Takkaxila dan membawa diri mereka keluar ke arah barat untuk menubuhkan kerajaan mereka sendiri.

Sangat menarik untuk dicatat bahawa nama mereka berakhir dengan "Mala", merupakan petunjuk bahawa mereka berasal dari raja-raja Mala dari Malayu ("mala malayu iva malayam raja").Asal-usul orang Mon Hamsavati dari Malayu menunjukkan bahawa Sudhammavati atau Sri Dharmaraja yang menurut tradisi Mon adalah asal-usul bangsa mereka sama dengan Dvaravati dari Lembah Menam.Sementara Samala naik takhta, adiknya Vimala dihantar ke Taxila (Takkaxila) untuk menyelesaikan pembelajarannya.Ketika dia kembali ke rumah,dia mendapati bahawa ia tidak disambut semula sebagai janji oleh saudaranya.

Dalam keadaan yang marah,dia membunuh saudaranya Samala dan memerintahkan orang untuk membunuh anak saudaranya (anak Samala) juga,tapi sang ibu berjaya menyembunyikan anaknya di luar kota.Setelah waktu berlalu,orang asing beragama Hindu yang diusir dari kota datang kembali untuk menyerang Hamsavati.Anak Samala yang kini sudah dewasa kembali dari persembunyian dan menyelamatkan Hamsavadi dari orang-orang Hindu. Vimala,mengakui bahawa itu adalah anak saudaranya,mengakui dosanya dan akhirnya menyerahkan takhta kepadanya.Cerita ini juga menyebut bahawa raja muda Ata-Kumma telah membina Kyaikatha (pagoda Ata) di wilayah Tathon.Sangat menarik untuk dicatat bahawa identiti Mon muncul pertama sebagai orang-orang di Hamsavati dan kesimpulan yang dapat dibuat dari riwayat kuno ini dari asal-usul Mon di Sudhammavati harus berada di kawasan yang disebut sebagai Malaysia pada hari ini.

Dari riwayat Hamsavati (Hamsavadee) ini kita memahami bahawa orang Mon menganggap mereka berasal dari Sri Dharmaraja sebagaimana orang-orang Mon Dvaravati di tengah Thailand.Dan menurut legenda Mon lagi bahawa bangsa mereka berasal dari sebuah tempat yang bernama 'Ramanadesa'.Telahan sarjana Kemboja tentang asal-usul Mon dari 'satu wilayah yang kini berada di Malaysia' semacam mahu menyebutkan tentang negeri Reman yang kini menjadi sebahagian daerah Hulu Perak di negeri Perak,Malaysia.Negeri Reman pernah berada di bawah raja Ligor dan sememangnya sebelum itu negeri Reman adalah termasuk dalam wilayah 12 negeri-negeri Nagara Sri Dharmaraja yang disimbolkan dengan karakter haiwan dalam kalendar Naksat Pi.

Dapat juga disimpulkan bahawa dua adik beradik itu berasal dari kerajaan Reman yang bersusurgalur dari keturunan Sriwijayamala,merantau ke utara untuk cuba menubuhkan kerajaan sendiri.Di tengah-tengah orang Mon,mereka belajar menyesuaikan diri dan mula membina kerajaan.Kebanggaan orang Mon terhadap raja-raja Mala mereka mengakibatkan mereka mendakwa bangsa mereka berasal dari Ramanadesa (negeri Reman).Kita sudah maklum akan kepentingan nama 'Mala' kepada orang Mon dan Khmer dalam menaikkan prestij mereka.Inilah sebabnya mengapa Bhavavarman II,raja Chenla mendakwa dirinya 'Raja Mala dari Malayu'.



Setakat ini kita telah dapat mengumpulkan 4 tokoh yang berasal dari dinasti Sriwijayamala:Ketomala,Samala,Vimala dan Durga Wijayamala.Dan seorang lagi bernama Sri Mala,permaisuri raja Singgora (Songkhla) yang terkenal dalam sejarah asal-usul Menora.Menarik bukan?Semua mereka ini memakai gelaran 'Mala' dan orang-orang di Kemboja pada masa silam mengenal keturunan yang memakai gelaran Mala dihujung namanya sebagai 'Malayu'.

Dari sini kita boleh menghidu aktiviti raja-raja Melayu dari Pegu hingga ke Chiang Mai;dari Kemboja dan Champa hingga ke Ligor.Kesukaran raja-raja Melayu ini untuk bersatu menyebabkan mereka sesuka hati membuka banyak kerajaan yang dikenali sebagai negeri-negeri Melayu (Malay states).Mengesan riwayat-riwayat semua negeri-negeri ini hampir mencapai tahap mustahil kerana ada di antara mereka memerintah negeri yang majoritinya orang Mon,Khmer atau Tai.

Namun seorang keturunan mereka telah berlayar ke Sumatera dan menubuhkan kerajaan di sana.Kemudian bermulalah zaman keemasan dinasti ini.Nama lelaki yang gagah berani itu ialah Jayanasa.




'Srivijaya Empire'






    Sukacita.
    Pada lima hari Bulan
    Belayar mudik datang membuat benua
    Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.


(Kedukan Bukit Inscription,Sumatera,Indonesia)


Dahulu orang-orang di Indochina hanya mengenal satu bangsa sahaja apabila berurusan dengan suku-suku Austronesia;mereka memanggilnya Chawa.Nama 'Chawa' ini mewakili keturunan Melayu-Indonesia pada hari ini.Nama Chawa ini sebenarnya berasal dari tanah besar Asia,bukan dari Pulau Jawa.

Dari Kelantan kebudayaan 'Chawa' ini merebak ke seluruh kepulauan.Pada mulanya,dinasti Sailendra lah yang bertanggungjawab membawa kebudayaan Chawa ke Pulau Jawa.Sebab itu terdapat tempat bernama 'Titik Jawa' di Kelantan.Chawa sebenarnya bukan nama khas untuk satu-satu kaum,ia lebih kepada satu ciri kebudayaan.

Seorang raja dari dinasti Sriwijayamala menjejak langkah Sailendra.Beliau dengan kekuatan dua puluh ribu bala tentera berserta dua ratus pawang dan tentera berjalan kaki sebanyak seribu tiga ratus dua belas,raja Sriwijaya ini mula menyerang Sumatera.Kita tahu namanya kerana tercatat di dalam Prasasti Talang Tua:


 Svasti
 cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra
 sana tatkalana parlak Criksetra ini
 niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini...



Maksudnya dalam Bahasa Melayu Moden:

Selamat dan bahagia!
Pada tanggal 23 Mac 684 Masehi, pada saat itulah taman ini yang dinamakan Śrīksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Śrī Jayanāśa.
Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini...


(Talang Tua Inscription,Indonesia)




Prasasti ini jelas memberikan nama raja itu selepas gelaran 'Dapunta Hiyang'.Prasasti Kedukan Bukit hanya menyebutkan 'Dapunta Hiyang' tanpa menyebutkan siapakah nama raja tersebut.Namun para sarjana bersepakat bahawa Dapunta Hiyang Jayanasa jugalah yang disebut dalam Prasasti Kedukan Bukit.

Dalam satu versi dari Pantai Timur ada menceritakan tentang Jayanasa ini.Dapunta Hyang Sri Jayanasa dikatakan telah menubuhkan kerajaan di Kelantan yang sebelumnya dikenali dengan Medang Ghana.Pusat pemerintahan kepada kuasa besar Yawadwipa ini terletak kira-kira 4.8 kilometer ke barat Bukit Panau, di Jajahan Tanah Merah,Kelantan sekarang.

Menariknya Dapunta Hyang Sri Jayanasa juga dikenali dengan Prabhasadharma,Raja Merong Mahawangsa,Maharaja Gegar Alam dan Maharaja Segenta Alam dalam hikayat-hikayat Melayu.

Setelah Yawadwipa (ini nama kuno yang digunakan juga oleh dinasti Sailendra) diperluaskan,nama kerajaannya juga ditukar kepada Sriwijaya Mala.

Raja besar ini kononnya gugur di Teluk Madura dalam misi penaklukannya ke atas Kalinga atau Jawa Tengah selepas berjaya menawan Palembang (Prasasti Kedukan Bukit).Pusat pemerintahannya juga dipindahkan dari Sri Wijaya Mala ke Palembang manakala nama Sri Wijaya Mala pula diubah kepada Medang Bhumi.

Semasa hayatnya,pemerintahan Medang Bhumi diserahkan kepada cucunya bernama Sanjaya setelah dia sendiri memindahkan pusat pemerintahannya ke Palembang. Sanjaya mewarisi kegemaran datuknya,suka meluaskan tanah jajahan dan hasilnya Terengganu,Pahang,Kedah,Segenting Kra,Kemboja,Burma dan Vietnam berada di bawah taklukannya.Dari nama Sanjaya inilah munculnya nama 'San-fo-tse' oleh para pengembara China pada masa silam.

Kaitan antara orang Kelantan dan Jawa masih dapat dilihat dari budaya mereka seperti:

1-Kain batik
2-Wayang Kulit


Jika kita melihat senibina awal Asia Tenggara,mereka membina candi menggunakan batu gunung yang dipotong (batu hitam).Candi-candi di Jawa dan Kemboja menggunakan batu-batu gunung ini.Teknologi bata (brick) pula dipelopori oleh Kedah Tua (penemuan dandang membakar batu-bata di Lembah Bujang) dan juga digunakan oleh Kerajaan Pagan di Burma dan Ayutthia.Hanya candi-candi Khmer dan di Pulau Jawa sahaja ketara menggunakan batu-batu gunung yang dipotong.Dari sini kita dapat melihat persamaan antara senibina di Jawa dan Kemboja.

Kita maklum bahawa Chenla pernah ditakluk oleh Sailendra yang ketika itu rajanya memegang gelaran 'Maharaja Zabag' oleh pedagang Arab.Kemudian ramai kerabat dirajanya dibawa ke Jawa.Salah satunya ialah Jayavarman II yang masih kecil,yang kemudiannya menubuhkan empayar Angkor.

Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara;Sriwijayamala dan Sailendra.Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan Sumatera.Sriwijaya juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja.Semua ini berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam (Dai-Viet) menjadi dominan di Indochina.Riwayat-riwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran antara dua dinasti terulung ini.Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa dan Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi perdagangan laut.

Namun pada suatu hari yang bertuah itu,dua dinasti teragung ini menjalinkan tali persaudaraan.Kenangan silam suka-duka di Segenting Kra mengimbau kembali.Melalui perkahwinan diraja,dua dinasti pemerintah Asia Tenggara ini bergabung untuk menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan China;antara Timur dan Barat.

    
"lamun batinah Putari Kambang Murna namanya,
lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama
     lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
      Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."


(Matari Singa Jaya Himat Copperplate,Palembang,Indonesia)


.














                    ************        XXX        *************




Deru angin dari pantai menghilangkan debar di dada.Nun jauh di lautan sana,terdapat rahsia yang diidam-idamkan kawan dan lawan.

Tabut rahsia telah ghaib dari pandangan.Kisah seorang tua dengan cucunya,gadis aneh yang menjaga peti-peti misteri di dalam gua lenyap dalam kabus pagi.

Semua ini ibarat 'puzzles' yang bila anda mampu mencantumkannya dengan sempurna,anda akan melihat 'sesuatu' di sana.

Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam,anda akan bertemu dengan mitos puak-puak Lemuria.Beribu-ribu tahun dahulu,sebelum pembinaan piramid di Mesir Purba,suku-suku Lemur mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan Pasifik selepas kenaikan aras laut menenggelamkan peradaban mereka.Di antara suku Lemur tersebut,terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan Lemuria.Puak-puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad lamanya.

Di dalam plat emas yang bertulisan Ibrani Kuno yang kemudiannya dijadikan objek ritual oleh kelompok Church of Mormon,tertulis nama puak pemerintah itu...














"Ma-la"






















Alter Terahsia Bangsa Melayu Version 3.5 "The House of Bani Jawi" COMPLETED.


Sumber : Sini

Asal usul bangsa dan bahasa Melayu ( 19 )







Lokasi:Nakhon Si Thammarat,Thailand
Masa:10 a.m



Kajian sedang giat dijalankan terhadap kewujudan sebuah entiti politik yang digelar 'Sriwijaya' di bahagian selatan Thailand,di mana batu bersurat yang dikenali sebagai Prasasti Ligor dijumpai.Kedua-dua sisi prasasti ini mempunyai tulisan.Isi dari sisi pertama, yang dikenali sebagai Prasasti Viang Sa (Prasasti Ligor A),adalah tentang 'Lord King' Sriwijaya,yang dituliskan sebagai "hanya raja yang tertinggi dari semua raja bumi", telah mendirikan tiga bangunan dari batu-bata yang indah (Trisamaya caitya);rumah Kajakara (Padmapāņi),dari pemusnah Mara (Buddha),dan Vajrin (Vajrapani).Di sisi lain, yang dikenali sebagai Prasasti Ligor B, terdapat maklumat tentang nama "Visnu" yng digelar "śesavvārimadavimathana" (pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa) dan juga seorang yang disebut sebagai Sri Maharaja.Sesuatu yang menarik perhatian ialah,gelaran "pembunuh musuh-musuh sombong tidak bersisa",mempunyai kaitan dengan gelaran "viravairimathana" (pembunuh musuh-musuh perwira) pada sebuah prasasti yang ditemui di Nalanda,India.Prasasti tersebut mencatatkan perihal seorang raja dari 'bumijawa' dengan gelaran yang sama,berasal dari sebuah dinasti.

Pengkaji kemudiannya mendapati dalam Prasasti Kelurak dan Prasasti Kalasan yang ditemui di Jawa,Indonesia,ditemui gelaran "vairivaravira-mardhana" (pembunuh musuh-musuh ternama).Kedua-dua prasasti ini menceritakan tentang dinasti pemerintah yang sama.

Para sejarahwan dan sarjana akhirnya telah menyimpulkan kewujudan satu dinasti purba yang amat berkuasa di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.Dinasti ini adalah arkitek yang terulung,pembina yang gigih dan penguasa yang bijak.













"The Sailendras"










 


“There was a king of Yavabhumi (Java) who was the ornament of the Śailendra dynasty, whose lotus-feet bloomed by the luster of the jewels in the row of trembling diadems, on the heads of all the princes, and who, as his name showed was the illustrious tormentor of the brave foes (Viravairimathana). His fame, incarnate, as it were, by setting its foot on the regions of (white) palaces, in white water lilies, in lotus plants, conches, moon, jasmine and snow and being incessantly sung in all the quarters, pervaded the whole universe.”


(Nalanda Inscription,India)







Antara sifat bangsa Melayu ialah mempertahankan sistem beraja.Raja adalah tunggak kehidupan sosial pada masa lampau.Orang Melayu akan sedaya upaya mempertahankan rajanya,walaupun ada di antara raja-raja ini atau kaum kerabatnya tidak sedar diuntung,mengambil kesempatan atas sanjungan orang Melayu kepadanya.Namun sesetengahnya mempunyai peribadi yang mulia dan mengambil tanggungjawab mempertahankan agama,bukan mempertahankan perut sendiri.

Sebab apa orang Melayu mempertahankan raja?Ini kerana pada masa silam,raja-raja Melayu inilah yang menguasai daratan dan lautan Asia Tenggara,menjadi 'Maharaja seluruh kepulauan'.Mereka membina empayar,menyatukan seluruh pelabuhan dan menjalankan perdagangan maritim antara India dan China.Kesan nostalgia raja-raja Melayu pada masa silam bukan sahaja masih terasa di dalam hati dan sanubari orang Melayu,malah terakam kemas dan riwayat-riwayat Thai,Burma,Vietnam ,Laos dan Kemboja...di Indonesia selain Malaysia sendiri,rekod-rekod pengembara dan maharaja China,dijumpai pada batu bersurat di India dan sejauh kitab-kitab kuno di Iran dan peta-peta pengembara Greek.

Sebagaimana sistem monarki di seluruh dunia yang terdiri daripada dinasti-dinasti,begitu juga raja-raja Melayu.Salah satunya ialah dinasti Sailendra.



Sailendravamsa

Prasasti Nalanda


"Pujian bagi raja yang berhasil menaklukkan musuh-musuhnya dan
merupakan wujud kembar dewa kasta yang dengan kekuatannya
disebut (sebagai dewa) Wisnu, kedua mematahkan keangkuhan semua
musuhnya (Sarwarimadawimthana). Ia adalah keturunan dari (keluarga
Sailendra) yang tersohor disebut Srimaharaja.”


 (Prasasti Ligor B,Chaiya,Thailand)




Sailendra ialah nama sebuah dinasti yang pernah menyebarkan pengaruhnya dari Indochina,semenanjung Malaysia,Sumatera,Jawa,Filipina hingga sejauh India.Nama Śailendravamsa dijumpai pertama kali di dalam Prasasti Kalasan dari tahun 778 Masehi (Śailendragurubhis; Śailendrawańśatilakasya; Śailendrarajagurubhis). Kemudian nama itu ditemukan di dalam Prasasti Kelurak dari tahun 782 Masehi (Śailendrawańśatilakena), dalam prasasti Abhayagiriwihara dari tahun 792 Masehi (dharmmatuńgadewasyaśailendra), prasasti Sojomerto dari tahun 725 Masehi (selendranamah) dan prasasti Kayumwuńan dari tahun 824 Masehi (śailendrawańśatilaka).Semua prasasti tersebut ditemukan di Indonesia.Nama dinasti ini ditemukan juga dalam Prasasti Ligor di Thailand dari tahun 775 Masehi dan juga turut ditemui pada Prasasti Nalanda di India.

Namun yang demikian,nama 'Sailendra' muncul untuk pertama kalinya dalam sebuah prasasti batu yang ditemuidi Sojomerto di daerah pesisir barat laut Jawa Tengah.Oleh kerana ia merupakan
nama peribadi,andaian yang jelas adalah ia menunjukkan si pemunya nama ialah orang yang menurunkan keturunan dari keluarga 'Sailendra'. Prasasti Sojomerto tidak bertarikh, tetapi mengikut kajian,ia berasal dari pertengahan abad ketujuh.Prasasti tertua berkenaan dinasti ini- tidak hanya dari Jawa Tengah, tetapi seluruh Indonesia - adalah dijumpai di batu piagam Canggal,yang dikeluarkan oleh raja Sanjaya pada tahun 732 Masehi.Ini memperingati asas tempat suci Siva lingga di Gunung Ukir bukit, sekitar 10 km hanya timur Candi Borobudur.Nama Sanjaya muncul sekali lagi dalam piagam Mantyasih dari 907 Masehi, ditemui sekitar 15 km sebelah utara Candi Borobudur.

Telah diyakini bahawa pemerintah dari dinasti Sailendra inilah yang membina Borobudur,candi Buddha terbesar di dunia.Ketika ini,empayar Sriwijaya telah dikuasai oleh dinasti ini,dimana sebelum itu empayar ini diperintah oleh raja-raja dari dinasti Sriwijayamala.

Di dalam Prasasti Nalanda di India,terukir nama 'śailendrawańśatilaka' (permata dinasti Sailendra) dan Balaputradeva,raja Jawa.Penemuan nama dinasti ini sejauh India menyebabkan ramai sarjana tertarik untuk mengetahui siapakah dia dinasti ini sehinggakan mampu memahatkan prasasti sejauh India.



Misteri asal-usul dinasti Sailendra





Asal-usul keluarga Sailendra ini masih menjadi bahan perbincangan. Berbagai pendapat telah dikemukakan oleh sejarawan dan arkeologi dari berbagai negara. Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa keluarga ini berasal dari India seperti Majumdar,Moens dan Nilakanta Sastri, yang lain mengatakan dari Funan (Coedes), sementara yang lain mengatakan bahawa mereka adalah asli dari Kepulauan Melayu (Poerbatjaraka).Kita akan menyiasat satu persatu misteri asal-usul dinasti ini.

Majumdar mengandaikan bahawa keluarga Sailendra di Indonesia, baik di Sriwijaya (Sumatera) atau Medang (Jawa), berasal dari Kalinga (India Selatan). Nilakanta Sastri dan Moens mempunyai pendapat yang sama. Moens menganggap bahawa keluarga ini berasal dari India dan tinggal di Palembang sebelum ketibaan Dapunta Hiyang.Pada tahun 682 Masihi, keluarga ini berangkat ke Jawa kerana tekanan Dapunta Hiyang dan tenteranya.Pada masa itu, pusat Sriwijaya berada di Semenanjung Tanah Melayu.

Slametmuljana mempunyai idea yang sama berdasarkan gelaran 'Dapunta' yang ditemui dalam Prasasti Sojomerto.Gelaran ini juga ditemui pada Prasasti Kedukan Bukit (Dapunta Hiyang).Kedua-dua inskripsi ini ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno.Oleh kerana asal bahasa ini adalah dari Sumatera dan di sanalah wilayah berkembangnya Kadātuan Sriwijaya sekitar 680 AD bolehlah diandaikan bahawa 'Dapunta Selendra' adalah salah satu pegawai Sumatera Selatan yang melarikan diri ke pantai utara Jawa di sekitar Pekalongan.Namun dalam teori Slametmuljana ini tidak jelas menyatakan adakah pegawai tersebut berasal dari India.Teori ini juga antara hujah sarjana lain yang mengatakan asal-usul dinasti ini adalah dari Sumatera,sekaligus pandangan Slametmuljana ini terkelompok dalam Teori Nusantara.

Coedes pula memiliki kecenderungan untuk menganggap bahawa Sailendra di Nusantara berasal dari Funan (Kemboja).Jatuhnya Kerajaan Funan disebabkan oleh rusuhan telah mendorong keluarga ini ke Jawa,di mana mereka kemudiannya menjadi penguasa di Medang (Mataram) pada pertengahan abad ke-8 menggunakan 'Sailendra' sebagai nama keluarga.

Pendapat bahawa keluarga Sailendra ini berasal dari Nusantara (Jawa) dikemukakan oleh Poerbatjaraka.Menurut beliau,Sanjaya dan keturunannya adalah raja dari keluarga Sailendra,asal-usul dari Kepulauan Melayu dan beragama Hindu-Siva.Tapi kemudiannya Paņamkaran (salah seorang kerabat Sailendra) menjadi pengikut Buddha Mahayana.Pendapat ini didasarkan pada Carita Parahyangan yang menyebutkan bahawa Rakai Sanjaya memerintahkan anaknya, Rakai Panaraban atau Rakai Tamperan untuk menukar agama kerana agama ini dihormati oleh semua orang.

Pendapat Poerbatjaraka,adalah berdasarkan Carita-Parahyangan, kemudian disahkan oleh inskripsi yang ditemui di wilayah Kabupaten Batang.Dalam inskripsi ini, yang dikenali sebagai Prasasti Sojomerto,nama Dapunta Selendra disebutkan,juga nama ayahnya,Santanu, dan ibunya bernama Sampūla (da pū nta selendra namah santanū nāma ņda bapa ņda bhadrawati nāma aya ņda sampūla nāma ņda).Menurut Boechari, tokoh yang bernama Dapunta Selendra adalah moyang dan pengasas kepada semua raja-raja dari keturunan raja Sailendra di Medang.



Siapakah sebenarnya Sailendra?



Prasasti Sojomerto



Oleh kerana Prasasti Sojomerto ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno,nama 'Dapunta Selendra' adalah jelas ejaan Melayu dari kata Sanskrit 'Sailendra'.Jika keluarga Sailendra berasal dari India Selatan,sudah tentu mereka akan menggunakan bahasa Tamil atau setidak-tidaknya bahasa Sanskrit pada prasasti mereka.Penemuan Prasasti Sojomerto menunjukkan asal usul keluarga Sailendra dengan Dapunta Selendra sebagai moyang dan pengasas dinasti telah berjaya dijumpai.Berdasarkan gaya paleografiknya,Prasasti Sojomerto ditulis pada pertengahan abad ke-7 Masihi.

Prasasti Sojomerto telah membenamkan semua teori-teori karut dari Nilakanta Sastri,Moens dan lain-lain yang mengatakan dinasti ini berasal dari India Selatan.Prasasti ini memang kuat diyakini menetapkan asal-usul dinasti ini kerana menerangkan siapakah Dapunta Sailendra dan ibu bapanya dalam bahasa Dapunta Sailendra sendiri,bahasa Melayu.

Rahsianya terletak pada gelaran 'Dapunta'.Gelaran ini adalah gelaran khas raja-raja Melayu Kuno dari keturunan Sriwijayamala.Dalam Prasasti Kedukan Bukit,tercatat nama 'Dapunta Hiyang Jayanasa',seorang maharaja Sriwijaya yang menyerang Sumatera.Ketika itu,pusat empayar berada di semenanjung Tanah Melayu.Dapunta ialah gelaran tertua bagi keturunan Sailendra kerana selepas itu gelaran bagi raja-raja dinasti ini ialah 'Rakai' iaitu gelaran bagi raja-raja Jawa.Rakai pada asalnya ialah penguasa tempatan Jawa di bawah hemegemoni Sriwijaya sebagaimana jawatan 'Datu'.'Dapunta' berasal dari 'Dapunta Hiyang' seperti mana perkataan 'Dapunta Hiyang Jayanasa' dalam Prasasti Kedukan Bukit.

Kedua-dua prasasti ini;Kedukan Bukit dan Sojomerto ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Prasasti Sojomerto telah membenarkan sekaligus mengesahkan dakwaan Poerbatjaraka.Sebab itu sejarah Melayu adalah sejarah yang tepat dan terpahat pada batu bersurat.Bukan dongengan atau cakap-cakap mulut apatah lagi wasiat orang mati.

Universiti Nalanda.Di sinilah seorang raja Melayu menghadiahkan sebuah biara sebagai asrama para pelajar.



Nama 'Sailendra' menjadi terkenal kerana nama dinasti ini dijumpai terpahat pada prasasti tembaga di Nalanda,India.Di dalam prasti ini jelas merakamkan nama "śailendrawańśatilaka' (permata dinasti Sailendra).Prasasti ini bertarikh 860 Masehi dan ditulis dalam skrip Devanegari dan proto-Bengali, menyatakan bahawa seorang raja Suvarnadvipa (Sumatera) bernama Balaputradeva memberikan anugerah untuk Nalanda (Universiti Nalanda).Prasasti itu juga mencatatkan bahawa Balaputradeva adalah sebahagian dari dinasti Sailendra di Javabhumi (Jawa,di sebelah timur).Anugerah itu berupa pembinaan biara untuk para pelajar tinggal.Prasasti tembaga itu mempunyai mohor berlambangkan dua ekor pelanduk,lambang Universiti Nalanda.



Penguasa dan pengasas dinasti-dinasti Jawa


Dinasti Sailendra adalah antara dinasti terawal yang menubuhkan Kerajaan Medang di Jawa.Malah menurut Poerbatjaraka,dinasti ini adalah perintis kepada dinasti-dinasti lain dalam Kerajaan Medang.Mengapa pakar sastera Jawa ini mengatakan yang demikian?

Terdapat tiga dinasti yang pernah berkuasa di Kerajaan Medang,iaitu dinasti Sanjaya,dinasti Sailendra serta dinasti Isyana.Sanjaya dan Sailendra berkuasa ketika kerajaan Medang berpusat di Jawa Tengah sementara Isyana ketika pusat kerajaannya berpindah ke Jawa Timur.Teori awal mengatakan bahawa dinasti Sanjaya dan Sailendra sama-sama berkuasa di dalam kerajaan Medang.Ia dikemukan oleh Dr. Bosch.Beliau menyebutkan bahawa,di dalam Kerajaan Medang terdapat dua dinasti yang berkuasa,iaitu dinasti Sanjaya dan Sailendra.Istilah dinasti Sanjaya merujuk kepada nama pendiri Kerajaan Medang,iaitu Sanjaya yang memerintah sekitar tahun 732 Masehi. Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva.

Ibu dari Sanjaya adalah Sanaha,cucu Ratu Shima dari Kerajaan Kalingga di Jepara.Ayah dari Sanjaya adalah Sena/Sanna/Bratasenawa,raja Galuh ketiga.Sena adalah putera Mandiminyak,raja Galuh kedua (702-709 Masehi).Dikemudian harinya,Sanjaya yang merupakan penerus Kerajaan Galuh yang sah,menyerang Galuh dengan bantuan Tarusbawa,raja Sunda.Penyerangan ini bertujuan untuk menyingkirkan Purbasora.

Ketika Tarusbawa meninggal dunia pada tahun 723 Masehi,kekuasaan Sunda dan Galuh berada di tangan Sanjaya.Di tangannya,Sunda dan Galuh bersatu kembali.Tahun 732 Masehi,Sanjaya menyerahkan kekuasaan Sunda-Galuh kepada puteranya Rakai Panaraban (Tamperan).Di Kalingga,Sanjaya memegang kekuasaan selama 22 tahun (732-754 Masehi),yang kemudian diganti oleh puteranya dari Déwi Sudiwara,iaitu Rakai Panangkaran.Rakai Panangkaran dikalahkan oleh dinasti dari Sumatera (?) yang bernama dinasti Sailendra. Pada tahun 778 Masehi raja Sailendra,yang beragama Buddha aliran Mahayana memerintahkan Rakai Panangkaran untuk mendirikan Candi Kalasan.

Sejak itu Kerajaan Medang dikuasai oleh dinasti Sailendra.Sehinggalah akhirnya seorang puteri raja Sailendra yang bernama Pramodawardhani menikah dengan Rakai Pikatan,seorang keturunan Sanjaya,pada tahun 840–an.Rakai Pikatan kemudian mewarisi takhta mertuanya.Dengan demikian, Wangsa Sanjaya kembali berkuasa di Medang.

Namun Poerbatjaraka menolak teori di atas.Bagi beliau dinasti Sanjaya tidak wujud.Menurutnya,Sanjaya tidak pernah ada,kerana Sanjaya sendiri adalah anggota keluarga Sailendra.Dinasti ini mula-mula beragama Hindu,kerana istilah Sailendra bermakna “penguasa gunung” iaitu sebutan untuk Siva.

Selain itu,istilah 'Sanjayawamsa' tidak pernah dijumpai dalam prasasti mana pun, sedangkan istilah 'Sailendrawamsa' ditemukan dalam beberapa prasasti, misalnya prasasti Ligor, prasasti Kalasan, dan prasasti Abhayagiriwihara.Jika dinasti Sanjaya amat berkuasa sehingga dikatakan membina candi Prambanan,sudah tentu mereka mampu memahat nama keluarga pada batu bersurat.Realitinya tidak ada nama keluarga Sanjaya terpahat pada batu bersurat.Ini bermakna keluarga Sanjaya masih bernaung di bawah nama keluarga Sailendra.

Poerbatjaraka juga berpendapat bahawa,Sanjaya telah memerintahkan agar puteranya,iaitu Rakai Panangkaran bertukar agama,dari Hindu menjadi Buddha.Teori ini berdasarkan atas kisah dalam Carita Parahyangan bahawa Rahyang Sanjaya menyuruh Rahyang Panaraban untuk bertukar agama.Dengan demikian, yang dimaksud dengan istilah “raja Sailendra” dalam prasasti Kalasan tidak lain adalah Rakai Panagkaran sendiri.

Carita Parahyangan memang ditulis ratusan tahun sesudah kematian Sanjaya.Walaupun demikian,kisah di atas seolah terbukti dengan ditemukannya sebuah prasasti yang mengisahkan tentang seorang pangeran bernama Sankhara yang bertukar agama kerana ayahnya meninggal dunia akibat menjalani ritual terlalu berat. Sayangnya,prasasti ini tidak jelas angka tahunnya,serta tidak menyebutkan nama ayah Sankhara tersebut.

Jadi Poerbatjaraka menyebutkan bahawa hanya ada satu dinasti saja yang berkuasa di Kerajaan Medang,iaitu dinasti Sailendra yang beragama Hindu Siva.Sejak pemerintahan Rakai Panangkaran,dinasti Sailendra terpecah menjadi dua.Agama Buddha dijadikan agama resmi negara,sedangkan cabang Sailendra lainnya ada yang tetap menganut agama Hindu,misalnya seseorang yang kelak menurunkan Rakai Pikatan.Rakai Pikatan inilah yang dijadikan hujah wujudnya dinasti Sanjaya.

Satu lagi dinasti yang dikatakan memerintah Medang ialah Isyana.Istilah Isyana berasal dari nama Sri Isyana Wikramadharmottunggadewa,iaitu gelaran Mpu Sindok setelah menjadi raja Medang (929–947 Masehi).Dinasti ini menganut agama Hindu aliran Siva.

Berdasarkan agama yang dianut,Mpu Sindok diyakini merupakan keturunan Sanjaya,pendiri Kerajaan Medang era Jawa Tengah.Salah satu pendapat menyebutkan bahawa Mpu Sindok adalah cucu Mpu Daksa yang memerintah sekitar tahun 910–an. Mpu Daksa sendiri memperkenalkan pemakaian Sanjayawarsa (kalender Sanjaya) untuk menunjukkan bahawa dirinya adalah keturunan asli Sanjaya.Dengan demikian, Mpu Daksa dan Mpu Sindok dapat disebut sebagai anggota dinasti Sanjaya.

Namun Poerbatjaraka, Pusponegoro,dan Notosutanto menolak teori kewujudan dinasti bernama Isyana.Menurut mereka,dalam Kerajaan Medang hanya ada satu dinasti saja,iaitu dinasti Sailendra,yang asalnya beragama Hindu.Kemudian muncul dinasti Sailendra yang beragama Buddha apabila terpecah dengan munculnya anggota yang beragama Buddha.

Dengan kata lain, versi ini berpendapat bahwa Mpu Sindok adalah anggota Wangsa Sailendra yang beragama Hindu Siva,dan yang memindahkan istana Kerajaan Medang ke Jawa Timur.KESIMPULANYA,HANYA DINASTI SAILENDRA SAHAJA PEMERINTAH KERAJAAN MEDANG YANG SEBENAR.

Teori Poerbatjaraka tepat setakat ini,kerana berdasarkan epik rakyat dan ditemui pula prasasti yang bersesuaian dengan epik tersebut.Ini bermakna sejak kita mengetahui bahawa Sailendra berasal dari dinasti Melayu,maka dinasti ini telah menurunkan beberapa keluarga pemerintah Jawa.Bagaimana?PERKAHWINAN CAMPUR.Kita tahu bahawa Majapahit yang muncul beratus tahun sesudah kerajaan Medang Kuno adalah beragama Hindu.Sebenarnya,yang menganut agama Buddha pada masa lampau ialah bangsa Melayu.Dan ini identiti negarakota Melayu Segenting Kra.Orang Melayu suka bertukar agama,di mana dirasakan agama asal terlalu banyak menyeleweng.Buddha adalah agama yang dilihat cuba membetulkan agama Hindu.Apabila tiba Islam,orang Melayu bertukar agama lagi,kerana mereka mendapati agama ini adalah benar sebenar-benarnya;menyembah Tuhan Yang Esa,bukan patung-patung batu buatan tangan sendiri.

Jadi jelas diyakini,keturunan Rakai Pikatan telah menjadi keturunan Jawa apabila unsur Melayu telah mula hilang sedikit demi sedikit.Ini terjadi pada pemerintah Melayu yang berkahwin dengan orang Khmer dan Lao di Indochina.Biasanya anak raja rapat dengan ibu mereka,sementara ayahnya;si raja Melayu selalu keluar untuk berperang atau berdagang.Ini selalunya memakan masa berbulan-bulan.Lama kelamaan,anak tersebut cenderung dengan bahasa atau budaya ibu mereka,tidak kira Jawa,Khmer atau Lao.

Ini menunjukkan bahawa legenda Aji Saka itu adalah benar.Aji Saka ialah tokoh legenda Jawa,orang luar yang membawa peradaban pada bangsa Jawa.Dinasti Sailendra adalah dinasti Melayu Segenting Kra pada asalnya,menurut sumber dari Kemboja yang mengatakan wujud raja Aji Saka di mana 'Saka' merujuk kepada kaum 'Saka',rumpun bangsa Kamboja.Apa rahsia semua ini?Pada masa dahulu,yang membawa ajaran Veda ke Nusantara ialah kelompok Kamboja ini.Kemungkinan mereka mula-mula membawa ajaran Veda yang suci;menyembah satu Tuhan bernama Brahma.Kemudian hari berganti hari,ajaran asal Veda telah rosak dan menjadi agama Hindu yang menyembah beratus-ratus dewa.Apabila kelompok Kamboja yang mengajarkan agama Veda telah hilang meresap menjadi Melayu,tiada siapa yang membetulkan ajaran Veda,maka raja-raja Melayu mengikut sahaja kelompok Hindu yang baru.Ini ibarat apabila ulama-ulama kota Mekah semuanya menyeleweng,maka kemungkinan besar raja-raja Melayu juga cenderung untuk menyeleweng kerana kiblat agama Islam adalah di Tanah Arab.Begitu juga ajaran Veda berkiblatkan India.Perlu diingat,bangsa Kamboja bukanlah Dravidia seperti Tamil atau Telegu,mereka ialah puak-puak Aryan yang berkulit cerah.Wajah mereka iras-iras antara keturunan Greek dan Parsi,berkulit kemerah-merahan.Mereka berbahasa Parsi Kuno seperti Avestan.

Nama kerajaan Medang pula ada tercatat dalam Prasasti Laguna (Laguna Copperplate) bertarikh 822 Saka (900 Masehi) yang ditemui di Manila,Filipina.Penemuan prasasti yang ditulis dalam skrip Kawi dalam bahasa Melayu Kuno yang mempunyai perkataan pinjaman dari Sanskrit dan beberapa elemen kosa kata bukan dari bahasa Melayu iaitu dari bahasa Jawa Kuno dan Tagalog Kuno.Ini menunjukkan bahawa orang-orang atau pegawai kerajaan Medang telah memulakan perdagangan antara pulau dan hubungan luar negeri di kawasan-kawasan sejauh Filipina,dan membuktikan hubungan antara kerajaan Melayu Kuno dan Filipina memang wujud.INI ADALAH BUKTI KUKUH HUBUNGAN ANTARA ORANG MELAYU DENGAN KEPULAUAN FILIPINA.Sebab itu orang yang menafikan pengaruh Melayu di Filipina adalah bagaikan katak di bawah tempurung.Ahli sejarah Filipina sendiri mengakui asal-usul bangsa mereka adalah orang Melayu.Laguna Copperplate adalah surat hutang.Ini bermakna dalam urusan pentadbiran,bahasa Melayu adalah bahasa dominan.Kewujudan perkataan Jawa disebabkan oleh kerana dinasti Melayu Sailendra memerintah dari Jawa.Istilah Tagalog kerana untuk memudahkan orang tempatan yang biasa bertutur dalam bahasa daerah mereka.




Mengapa dinasti Sailendra menulis prasasti-prasasti dalam Bahasa Melayu?


Prasasti Gondosuli

Adakah hanya Prasasti Sojomerto sahaja yang dipahat oleh dinasti terkemuka ini yang menggunakan bahasa Melayu Kuno?Setakat ini terdapat enam prasasti termasuk Prasasti Sojomerto yang dipahat oleh dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno di Indonesia tidak termasuk di Thailand dan India:

-Prasasti Sojomerto, Desa Sojomerto, Kecamatan Reban, Batang, Jawa Tengah.

-Prasasti Gandasuli I, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah

-Prasasti Gandasuli II, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah

-Prasasti Bukateja, Bukateja, Purbalingga, Jawa Tengah.

-Prasasti Dewa Drabya, Dieng, Jawa Tengah.

-Prasasti Maņjuįrighra, Candi Sewu, Prambanan, Klaten, Jawa Tengah


Berbanding hanya tiga prasasti dalam bahasa Sanskrit:

-Prasasti Tukmas, Dakawu, Grabag, Magelang, Jawa Tengah.

-Prasasti Canggal, Candi Gunung Wukir, Desa Kadiluwih, Salam,
Magelang, Jawa Tengah

-Prasasti Tri Tepusan, Kedu, Temanggung, Jawa Tengah


Ini menunjukkan di Kerajaan Medang sendiri,raja-raja Sailendra cenderung menuliskan prasasti dalam Bahasa Melayu Kuno.Bayangkan,setelah Poerbatjaraka menafikan wujudnya dinasti Sanjaya,ini bermakna penguasa mutlak Kerajaan Medang adalah dinasti Sailendra yang menuliskan prasasti kemegahan dinasti mereka dalam bahasa Melayu Kuno.

Prasasti yang paling penting kemungkinan setakat ini ialah Prasasti Sojomerto yang memberitahu nama pengasas keluarga Sailendra iaitu Dapunta Sailendra.Dalam prasasti ini menyebutkan:

   1. ... – ryayon çrî sata ...
   2. ... _ â kotî
   3. ... namah ççîvaya
   4. bhatâra parameçva
   5. ra sarvva daiva ku samvah hiya
   6. – mih inan –is-ânda dapû
   7. nta selendra namah santanû
   8. namânda bâpanda bhadravati
   9. namanda ayanda sampûla
  10. namanda vininda selendra namah
  11. mamâgappâsar lempewângih

Terjemahan prasasti dalam Bahasa Melayu moden:

    Sembah kepada Siwa Bhatara Paramecwara dan semua dewa-dewa
    ... dari yang mulia Dapunta Selendra
    Santanu adalah nama bapanya, Bhadrawati adalah nama ibunya,Sampula adalah nama isterinya dari
    yang mulia Selendra.



Lihat perkataan-perkataan Melayu Kuno antaranya:

1-ku samvah hiya (ku sembah dia)
2-namanda (namanya)
3-bapanda (bapanya)
3-vininda (bininya)


Prasasti Bukiteja pula berisi sebaris ayat yang pendek,tetapi punya erti yang besar:

"ini padehanda Hawang Payangnan"


Maksud:

"ini sisa tubuhnya Hawang Payangnan"

Kemungkinan besar prasasti ini adalah batu nisan bagi orang yang bernama Hawang Payangnan.Batu bersurat ini mempunyai usia dan gaya tulisan yang sama digunakan oleh dinasti Sailendra.Perhatikan sebarisan ayat pendek ini menggunakan sepenuhnya tatabahasa Melayu seperti 'ini' dan '-nda' (-nya).

Persoalannya,mengapakah dinasti Sailendra menggunakan bahasa Melayu Kuno dalam mengungkapkan kemegahan dinasti mereka?Terdapat dua kesimpulan:

1-Dinasti Sailendra ialah berketurunan Melayu
2-Dinasti Sailendra di bawah pengaruh kebudayaan dan bahasa Melayu

Kesimpulan pertama memang tidak diragukan bahawa dinasti Sailendra adalah dinasti Melayu.Semua prasasti di bawah nama keluarga Sailendra jika tidak berbahasa Melayu Kuno,dipahat dalam bahasa Sanskrit.Tiada prasasti yang di dalamnya tertulis nama Sailendra dalam bahasa Jawa kecuali Prasasti Kayumwunan yang dwibahasa (Sanskrit sepenuhnya kemudian disambung Jawa Kuno).Yang ada ialah prasasti yang berisi aktiviti raja-raja bawahan Sailendra atau dari keluarga Sailendra yang biasanya memakai gelaran 'Rakai'.Hanya bahasa Melayu Kuno dan Sanskrit digunakan untuk menuliskan prasasti yang membawa nama 'Sailendra'.Sepertimana dua prasasti yang dikaitkan dengan candi Sewu,Prasasti Manjusrigerha dan Prasasti Kelurak.Uniknya,Prasasti Manjusrigerha memakai tulisan Jawa Kuno dan berbahasa Melayu Kuno,sedangkan Prasasti Kelurak beraksara Prenagari dan berbahasa Sanskrit.

Kesimpulan yang kedua pula kemungkinan besar Dapunta Sailendra ialah pegawai atau gabenor Sriwijaya yang memerintah Jawa.Jika beliau orang Jawa,maka oleh kerana beliau termasuk pegawai Sriwijaya maka kehidupannya telah dipengaruhi cara hidup Melayu,termasuk bahasa.

Jadi walau apa pun kesimpulannya,kita tahu bahawa pada abad ke-8 Masehi,bahasa Melayu Kuno telah pun menjadi bahasa standard raja-raja Austronesia.Malah menjadi lingua franca empayar-empayar Asia Tenggara.




Siapakah Poerbatjaraka?


Ada sesetengah orang yang mempertikaikan prasasti-prasasti seperti Kedukan Bukit,Talang Tuwo,Sojomerto dan lain-lain yang dilabelkan sebagai 'Bahasa Melayu Kuno'.Ini kerana terdapat campuran istilah Sanskrit di dalam prasasti-prasasti tersebut.Sebenarnya dalam prasasti Jawa Kuno juga bercampur perkataan Sanskrit.Jadi orang yang layak untuk membezakan yang mana bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno dan sepenuhnya Sanskrit ialah orang yang belajar ketiga-tiga bahasa itu.

Siapakah Poerbatjaraka?Adakah beliau seorang Melayu?Tidak,beliau berketurunan Jawa dan pakar dalam kesusasteraan Jawa.Jadi mengapa beliau berhujah tidak wujud dinasti Jawa Sanjaya malah semua dinasti Medang berasal dari Sailendra?Sailendra pula dikatakan dinasti Melayu berdasarkan Prasasti Sojomerto dan lain-lain prasasti?Bukankah lebih baik beliau berbohong sahaja mengatakan tulisan pada prasasti-prasasti tersebut berbahasa Jawa ataupun Sanskrit?Tiada siapa yang tahu.Mahaguru Sanskrit dari India pun tidak tahu.Ini kerana tulisan pada batu-batu bersurat ini punya variasi tulisan antaranya Kawi (tulisan ini tidak mampu dibaca oleh pakar dari India walaupun berasaskan skrip Brahmi),Pallava,Pranagari atau Jawa Kuno.Jika pakar Sanskrit dari India boleh membaca sekalipun,mereka tidak mampu membaca sebahagian perkataan,yang merupakan bukan bahasa Sanskrit tetapi dari Melayu Kuno.Poerbatjaraka boleh membohongi semua orang,mengatakan semua prasasti Sailendra berbahasa Jawa Kuno.Tetapi realitinya beliau tidak berbuat demikian.

Sebenarnya,beliau ADALAH SARJANA TULEN,BUKAN NASIONALIS JAWA.Beliau berpegang pada prinsip.




Nama penuhnya ialah Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi (Lesya) Poerbatjaraka (Purbacaraka).Lesya ialah nama timangannya sejak kecil.Ayahnya Raden Tumenggung Purbadipura adalah sastarawan istana kesayangan Susuhunan Pakubuwana X,raja Surakarta.Bagaikan kuah tumpah ke nasi,Poerbatjaraka secara automatiknya, juga mempunyai minat terhadap kesusasterawan Jawa dan bahasa Jawa.Anak kepada pekerja istana membuatkan beliau senang untuk akses kepada khazanah kesusasterawan Jawa.Beliau belajar bahasa Melayu dan Belanda di sekolah Hollandsch-Indische School (bahasa Melayu sebenarnya telah lama diajar di sekolah-sekolah Belanda,sebagai bahasa standard).Kepandaian beliau dalam bahasa Belanda menyebabkan beliau sering dilihat berbual dengan tentera Belanda malah orang Belanda amat senang dengan beliau.

Poerbatjaraka mula belajar Sanskrit selepas terlibat dengan bahan-bahan kesusasteraan Jawa Kuno yang memerlukan kepakaran dalam bahasa Sanskrit.Ini adalah ketika beliau bertugas di Muzium Gajah.

Oleh kerana kepakarannya dalam bahasa Jawa Kuno,Melayu Kuno dan Sanskrit serta mahir dalam beberapa tulisan seperti Kawi dan Jawa Kuno,maka beliau telah dihantar ke Belanda,untuk mengkaji 'khazanah' yang dirompak Belanda sebelum itu.Poerbatjaraka ditugaskan di Universiti Leiden di Belanda sebagai pembantu Prof. Dr. Hazeu, mahaguru kesusasteraan Jawa.Kemudian pada tahun 1926,walaupun tidak pernah menghadiri kuliah,Poerbatjaraka diperkenankan untuk mendapatkan gelaran doktor dengan tesisnya,Agastya in den Archipel.

Sekembalinya di Muzium Gajah pada tahun 1930-an,beliau telah diberi jawatan sebagai kurator manuskrip dan diberi tugas untuk mengkatalog semua manuskrip Jawa.

Setelah kemerdekaan Indonesia,beliau dilantik sebagai profesor di Universiti Indonesia,Jakarta,Universiti Gajah Mada,Yogyakarta dan Universiti Udayana, Denpasar,Bali.

Jadi Prof. Dr. Raden Mas Ngabehi Poerbatjaraka adalah orang yang paling tepat untuk kita rujuk.Bukannya sesetengah dari kita yang kononnya pakar bahasa tetapi rupa-rupanya hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.Pakar bahasa,sejarahwan dan linguistik sememangnya maklum akan gaya bahasa Melayu Kuno.Cuma sesetengah orang yang tidak berpuashati dengan betapa banyaknya prasasti dalam bahasa Melayu Kuno,bukan bahasa sukukaum mereka,akan cuba menegakkan benang yang basah.Tiada siapa yang mahu menuliskan kemegahan kerajaannya dalam bahasa kaum mereka bahkan raja-raja Nusantara tahu bahasa mana yang standard untuk dipakai sebagai menunjukkan prestij.Jadi serahkan kepada yang pakar.




Borobudur,'Wonders' Melayu Sailendra






Apabila membicarakan tentang Sailendra,sudah tentu kita akan teringatkan 'masterpiece' mereka;Borobudur.Bukanlah untuk membincangkan topik agama di sini,tetapi tentang kejuruteraan senibina dan seni ketukangan Melayu purba yang tiada tolok bandingnya.

Borobudur adalah salah satu monumen Buddha terbesar di dunia,malah candi Buddha paling terbesar di dunia.Dibinakan oleh seorang raja dari dinasti Sailendra, ia dibina untuk menghormati kemuliaan Buddha dan pendiri candi tersebut,seorang raja.Nama Borobudur dipercayai berasal dari kata Sanskrit "vihara Buddha Uhr" , yang bererti biara Buddha di atas bukit. Candi Borobudur terletak di Muntilan,Magelang,dan berjarak sekitar 42 km dari kota Yogyakarta.



Borobudur adalah kombinasi harmoni stupa,kuil-gunung dan diagram ritual.Kompleks candi ini dibina pada beberapa tingkat di sekitar bukit yang membentuk pusat alam.Peringkat pertama di atas dasar terdiri daripada lima teras persegi,bersaiz tepat dan membentuk dasar piramid.Di atas peringkat ini adalah tiga platform lingkaran yang menonjolkan oleh stupa utama.




Tangga disediakan menuju ke stupa besar.Tapak dan koridor pejalan kaki melampirkan teres persegi dihiasi dengan 'relief' terpahat di batu.Mereka menggambarkan berbagai tahapan perkembangan jiwa menuju penebusan dan episod dari kehidupan Sang Buddha.Teras melingkar yang dihiasi dengan tidak kurang dari 72 kerawang stupa masing-masing mengandungi patung Buddha.Dinding-dinding Borobudur terpahat oelh khazanah 'bas-relief' yang memukau,hingga jumlah panjangnya kira-kira  6 kilometer! Ini telah dikatakan sebagai koleksi terbesar dan paling lengkap 'relief' Buddha di dunia,tak tertanding dalam apa jua karya seni individu walau di mana di dunia ini.Penceritaan 'relief' pada dinding utama dibaca dari kanan ke kiri,mereka pada koridor dari kiri ke kanan.Hal ini dilakukan untuk tujuan Pradaksina,satu ritual,yang membuatkan para pelawat akan bergerak mengikut arah jam.Borobudur mengandungi sekitar 2670 'bas-relief' individu (1460 naratif dan 1212 panel dekoratif),yang meliputi bahagian depan bangunan dan koridor.Jumlah luas permukaan 'relief' ialah  2500 meter persegi (26,909.8 sq ft) dan ianya terdapat di tapak tersembunyi (Kamadhatu) dan lima platform persegi (Rupadhatu).Borobudur adalah galeri 'relief' paling menakjubkan di dunia.

Seperkara yang menarik,struktur Borobudur tidak memakai simen atau bahan perekat sama sekali,melainkan sistem tanggam (interlock) iaitu seperti mencantum blok-blok Lego.Teknik tanggam memang menjadi kepakaran orang Melayu.Anda boleh ke Muzium Negara untuk menyaksikan sebuah pintu istana dari Kerajaan Setul (Satun,di Thailand sekarang) yang tidak menggunakan sebarang paku.Begitu juga istana Sri Menanti.Senibina perahu dan kapal Melayu awal juga tidak menggunakan sebarang paku.

Borobudur bagaikan 'puzzle' yang dibina dalam skala besar.Tidak ada candi atau kuil di mana-mana hatta di India sekalipun yang berkonsepkan seperti Borobudur.

 Borobudur dibina antara 750 dan 842 Masihi;300 tahun sebelum pembinaan Angkor Wat di Kemboja dan 400 tahun sebelum katheral-katheral besar mula tegak di Eropah.Sesungguhnya orang-orang Melayu adalah pembina yang unggul pada zaman dahulu.Namun kita tahu,apabila kerajaan Melayu runtuh dan keturunan dirajanya lupus,segala kepandaian orang Melayu juga lupus.Melayu memerlukan kepimpinan baru,bermula dan membina keagungan kembali.Jatuh...dan bangkit kembali.Namun harganya amat mahal perlu dibayar;jatidiri.Dalam keterlupaan orang Melayu akan keagungan silam mereka,hanya prasasti dan bahasa mereka yang menyelamatkan maruah dan kebanggaan mereka.Mujurlah raja-raja Melayu bijak merakamkan bahasa mereka dalam prasasti.

Menariknya,Slametmuljana di dalam bukunya Asal Bangsa dan Bahasa Nusantara mengemukakan pandangan bahawa bahasa Melayu berasal dari bahasa yang ada di daerah sekitar Indochina meliputi Champa, Mon-Khmer,Bahnar,Rade,Jarai,Sedang,Mergui,Khaosan,Shan,dan sejenisnya.Jika mengikut pandangan beliau ini,maka sememangnya Sailendra adalah dinasti Melayu yang berasal dari semenanjung.Rahsia dinasti ini malah disimpan oleh satu lagi dinasti pemerintah Asia Tenggara yang amat kental kemelayuannya serta empayar maritim tertua di Asia Tenggara.Kita akan menggali apakah dinasti yang namanya masih terlekat dalam mantera-mantera Thai dan dipuja-puja.Dari sini mereka membina empayar,menguasai lautan dan memonopoli pardagangan.Semua ini bermula dari nama sebuah keluarga diraja,Sriwijayamala.



-------------------------------------------


Next...



Alter Terahsia Bangsa Melayu XX






"The Srivijayan"







-XXXXX XXXXXX
-XXXX XXXXXXXXXX
-XXXXXXXXXXX
-XXXX XXXX XXXXXXXXX
-XXXXXXXXX
-XXXXX
-XXXXXXXX Kedukan Bukit XXXXX XXXXXXXX
-XXXXXXXXX
-XXXXXXXX
-XXXXXX XXX XXXXXXXXXX
-Mala XXXXXX XXXXX XXXX
-XXXXX
-XXXX XXXXXXXXXX
-XXXXXXXXXXX
-XXXX XXXX XXXXXXXXX
-XXXXXXXXX

Sumber : Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...